|
Date : Monday, 30 December 2013
Time : 08:03 Title : Deep SMU 2013. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Kejayaan ni 100% milik Allah sebab aku pun milik Allah.Dia bagi akal untuk berfikir dan bagi tangan untuk menulis sebab Dia tak tengok hasil tapi tengok kepada usaha. Allahuakbar! Dan bila fikir balik aku lah orang yang tak pernah nak gembira bila abah ummi hantar pergi Maahad sebab aku memang tak suka menghafal dan memang takda niat nak ambil SMU. Betul la perangcangan Allah tu lagi baik.Sesuatu yang terjadi tu ada hikmah Allah nak tunjuk. Terima kasih abah ummi sebab hantar pergi Maahad. Mereka orang pertama gembira bila dapat tahu instead dah tolak tawaran dari sekolah lain tanpa pengetahuan aku at first.Abah la memang sungguh-sungguh suruh aku ambil SMU. Ustaz dan ustazah yang selalu support suruh menghafal walaupun sukar. Especially ustaz Md Noor. Dia seorang ustaz yang selalu cerita dalam kelas.Suruh anak murid dia berusaha. A lot of lessons aku belajar dari dia.Teringat ustaz kata "walaupun awak duduk kelas keenam,tak mungkin awak tak boleh jadi best student sebab masa ada lagi panjang cuma awak kena usaha jangan malas." Banyak lagi perkongsian dari ustaz. Dalam maksudnya. "Bila kita jaga hubungan dengan Allah insya Allah berjaya dunia dan akhirat" Terima kasih sahabat, hadirmu membawa seribu erti. Alhamdulillah. Hoping for the best SPM next year Moga Allah redha;
Date : Monday, 9 December 2013
Time : 21:26 Title : Star ![]() 20.39 Tarbiyyah. Hari ni baru balik dari Star, salah satu program Haluan.And it was really amazing journey for me sebab dapat banyak ilmu dan pengalaman. Alhamdulillah segala rasa syukur selayaknya pada Allah sahaja dengan nikmat Iman dan Islam. Perjalanan ini membawa seribu erti bila dapat jumpa dengan amazing speaker seperti Ustazah Fatimah Syarha.Satu perkara yang boleh dipelajari dari beliau ialah masa slot Remaja,Cinta dan Harapan,mengenai jatuh cinta. So,bila kita dah jatuh cinta,memang susah nak jaga iman asyik teringat si dia aje.Analogi terbaik yang aku belajar ialah bila jatuh cinta ,kita kena rasa yang kita sedang puasa. Bila kita puasa,kita kena tahan lapar,tahan dahaga,tahan letih. Tak boleh dekat dengan makanan sebab bila dekat kita akan rasa nak makan makanan tu tambah-tambah bila sedap.Dan bila mana iman seseorang tu lemah,maka jika dia makan,maka batallah puasanya. Konsep cinta ni pula,first yang perlu kita jaga ialah pandangan.Itu memang main point.Kita kena tahan mata kita,tahan telinga,jaga hati. Tak boleh dekat dengan orang yang berlainan jantina dengan kita sebab bila dekat,secara tidak lansung akan ada perasaan yang tak menentu yang buat kita tidur tak lena,makan tak lalu,mandi tak basah. Dan bila mana iman seseorang tu lemah,jauh dari Allah,hubungan dengan Allah zero maka,keluarlah anak zina,berlakulah maksiat yang berleluasa,dan masyarakat yang seriously rosak sekarang.Jadi,kita kena melawan nafsu yang mana terkandung dalam 10 muwasafat tarbiyyah.Memang susah tapi Allah tahu kita mampu. Maka,sekarang ni rasa macam hubungan dengan Allah tu tak kuat lagi.Masih teringat kata-kata pakcik Ghazali,bila hubungan dengan Allah takda maka hidup kita akan jadi biasa-biasa aje. Kosong bila takda tarbiyyah. Oleh itu,perlunya kita buat anjakan paradigma dalam diri kearah yang lebih baik. Kena ada tindakan untuk bergerak meninggalkan jahiliyah sebab amalan qowi ialah amalan yang boleh memartabatkan Islam,yang boleh meningkatkan Islam dan meruntuhkan jahiliyah. Tinggalkan benda-benda lagha macam bercakap benda yang tak berfaedah,dan kongsi benda yang tak mendekatkan diri kita pada Allah.Bila dah ada tindakan kena ada sikap sabar nak hadapi dengan orang yang tak suka kita,yang cakap belakang kata kita berlagak alim.Sentiasa berfikiran positif. Bicara tentang ukhuwah pula,bila bersahabat ni,memang ada suka dan duka. Dan saat paling best bila dah berukhuwah bila time nak berpisah tu ada rasa sayang sangat nak tinggal sahabat tu sebab hati sama hati bertaut kerana Allah.Bila bersahabat,mesti kena niat nak bawa sahabat kita tu pergi syurga sekali.Bukan sahabat yang jumpa hari-hari tapi bercakap pasal Korea,artis dan benda-benda yang menjauhkan diri dengan Allah. Sedikit pengalaman dari Procast hari tu,alhamdullillah Allah pilih untuk jadi ketua fasilitator dan kena bagi taklimat dekat depan depan adik-adik. Siapa tak berdebar kalau first time kann? Syukur sangat bila dapat cakap dengan baik walaupun gugup sikit tapi takpelah manusia belajar dari pengalaman. Lepas ni,memang kena cari ilmu banyak lagi sebab bila kita bercakap ni mesti ikhlas hati ke hati,bukan mulut ke mulut. Maka,jika benda yang kita cakap melalui hati,Insya Allah akan sampai meresap dalam hati juga. "Kamu akan menjadi alim selagi mana kamu menjadi pelajar,kamu akan jadi jahil bila kamu merasa cukup"Tu kata-kata kem komander. Maksud jadi pelajar di situ bukan kita belajar matematik,science dan sebagainya tetapi maksudnya kita belajar ilmu akhirat,ilmu yang mendekatkan diri dengan Allah. "Musibah terbesar bagi manusia ni bukan banjir,tsunami,kehilangan harta dan sebagainya tetapi musibah terbesar bagi manusia ialah bila mana dia lalai dan jauh dari Allah dan apabila dia kembali pada Allah dalam keadaan murka"Ni kata-kata pengarah program. Maka kita taknak tengok masyarakat sekarang ni rosak.Jadi, jom sama-sama solehkan diri sebelum solehkan orang lain. Jom jadi bintang di hadapan Allah. Jom jadi hebat sebab kita banyak ilmu.Jom jadi hebat dengan amalan-amalan qowi bukan jadi hebat dengan boleh bercakap pasal Korea,hebat dengan baju mahal,hebat dengan harta sebab benda ni semua dunia sahaja. ;Moga Allah redha :) |
AD Menulis bila hati diseru. I do post and delete. - DSLR October 2011 March 2012 August 2012 September 2012 November 2012 February 2013 March 2013 April 2013 May 2013 September 2013 October 2013 November 2013 December 2013 March 2014 June 2014 March 2015 November 2015 April 2016 |